Coretan!!!!
Menangisi pemergian Siti Hajar Ahmad Sabir
Mungkin anda tertanya-tanya siapakah
sebenarnya Siti Hajar
Ahmad Sabir ini. Beliau
bukanlah seorang artis, namun namanya sentiasa
meniti di bibir rakan-rakan dan
sahabat handai. Nama Siti Hajar juga tersebar di laman sosial tentang keperitan dirinya berjuang
dalam sakit akibat kemalangan jalan
raya. Ketabahan dan kecekalannya, membuatkan keluarga serta rakan-rakan bangga terhadapnya.
Namun Allah SWT lebih menyayangi dirinya apabila beliau telah kembali kerahmatullah
pada 20 Januari 2013.
Alhamdulillah,
segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog yang telah lama saya
tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu hikmah yang besar dari seorang
mujahidah yang telah pergi ke alam sana. Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh
ibunya yang tercinta, ibu kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah).
Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat
membaca.
6
Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7
Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8
Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9
Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10
Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai
yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan.
Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah
keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air
pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar
senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan
jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau
sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11
Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.

Solat
Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM
sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan
Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor,
memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia
ingin kembali belajar. Dan
dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih
berminat menuntut ilmu.
Sedikit
jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak
stabil.
12
Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah. Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13
Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?

Setiap
hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu
untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha
berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya
apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu
maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar
lantas menyembuhkannya sekalipun.
Takada
rahsia lagi. Dia
dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang
belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah
dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa
mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh
redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi
diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkan nya, dia
akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam
itu, sedang saya membacakan ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu?
Suara seruan tu?” Saya
terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada
SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok
jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke
akak dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya
naif’
14Jan
2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas.Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila
dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon
bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia
sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung
yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya
dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang
demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula
menurun.SUBHANALLAH.
Hari
dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami
beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab
suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah
baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi sangat”.”
Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse
datang, kadang2 waktu sahabat ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya
tak jadi balik. Kami
berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula,
terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak
rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami
berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan
2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak
Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak
sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya
bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat
je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit.
Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia
tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia
senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu
memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis,
ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak
percaya tak?
Malamnya,
dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan
tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki
ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak
berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram
kepadanya.
Kemudian
dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai,
meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa
yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin
dan sudi menolong.
Bila
Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah
lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil
darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit
tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah.
Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana?
Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula
mengambil alih.
16
Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang
maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya
katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia
jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun
tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di
Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar.
Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak
cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang
rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang
malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan
muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit,
kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi
air yang kami beri. Mungkin
rezeki minuman akak dah habis. Mak
bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah
rezeki dari Allah.
Ayahnya
pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg
lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau
usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia.
Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman
takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan
berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan
dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun
perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air
matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak
redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu
tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah,
besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang
akan ceritakan. Tapi
kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk
adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta
maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2
dan tudung dia yang banyak. Dia
turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal
sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya
minta dilunaskan.
Kami
tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang
je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh
keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak
susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja
yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya.
Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan
hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
17
Jan 2013(Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas
waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak
menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut
melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan
dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu
diketahui.
Demam
lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa.Redha
ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun
ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” . Dalam keletihan
beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu
mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia
angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci
dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang
asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian
dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak
nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih
kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah.
Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2.
Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah
ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu,
dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati
Allah. Angguk.Dalam termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi
akak tak nampak jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang
tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak
boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan
berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya
disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan
darah.
Hati
saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk
pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran
tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar
segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih
proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas
itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan
2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.

jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1%
sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta
pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19
Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun
sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita
besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau
lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh
bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan
meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ
badannya merosak. Namun
begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar
yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti
lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan
juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami
perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah
dijalankan kerana risikonya besar.
Tak
lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor
dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah?
Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas
pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI.
Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan
sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr
dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor
bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa
akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya,
dan saya redha. Malah, kalau
boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor
menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami
tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah
cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan
mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas
itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa
had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua.
Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang
mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20
Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti
Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai
sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan
lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau.
Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang
mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,( tetapi
tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya
.jpg)
No comments:
Post a Comment