Wednesday, 2 July 2014

Subhanallah....Hidayah Allah memang menakjubkan!!!!!!!!

Anda kenal dengan selebriti inji??
Bagi saya beliau adalah insan yang terlalu unik. Kenapa sebab dalam hati kecilnya Allah dah campakkan sekelumit hidayah untuk memeluk agama Islam. Saya amat kagum dengan beliau kerana walaupun masih berstatus bukan islam tapi beliau dengan ikhlas memakai hijab dan berpakaian menutup aurat. Dan beliau juga telah membiasakan diri belajar apa sahaja cara sebagai seorang islam contohnya cakap alhamdulilah, insya allah dan sebagainya.
Subhanallah semua ini adalah bukti kekuasaan Allah boleh bagi dan campakkan hidayah pada sesiapa sahaja tapi dengan cerita Rania ini (nama felixia setelah memeluk islam) cerita Rania memeluk islam ini bagi saya adalah pengajaran yang Allah bagi kat kita betapa dengan rahmat Allah sahaja jalan kebenaran Allah telah bukakkan untuk kita.. Dan juga cerita Rania ini telah membukakkan minda kita yang telah sedia islam sejak kecil lagi,,, supaya berusaha mendapatkan rahmat Allah dengan rajin solat2 sunat selain mengerjakan solat fardu..... rajin dan taat dengan rukun iman dan rukun islam.
Walaubagaimana pun kita yang islam sejak kecil ini mesti rajin dan merenung kisah Rania sebagai platform yang Allah nak didik kita. Didik kita supaya kita sentiasa tak putus asa dengan rahmat allah.
Apa yang perlu kita lakukan???? Muhasabahlah diri kita sejauh mana kita nie sayang dan cintakan Allah dan sentiasa mengungati Allah.
Bukan sahaja kisah Rania... jika kita singkap balik kisah ulamak dan rapa sahabat Rasulullah saw.... bagaimana Allah memberi hidayah islam pada Umar Alkhatab. Dulu umar adalah seorang pemuda yang garang dan bengis.... tapi setelah mendapat hidayah Allah, menjadi seorang yg lembut hatinya dan bersedia mempertahankan keluarga Rasulukllkah dan islam....
Begitu juga dengan kisah bilal bin rabah. Bagaimana beliau mempertahankan keimanan, walaupun diseksa teruk oleh umayyah bin khalaf. namun bila hidayah Allah dah mengetuk pintu hati ke arah keimanan  pada yang maha esa... semua nya boleh dilalui dengan perasaan tabah.
Jika kita perhatikan muka2 mereka yang telah memeluk islam dan telah menerima hidayah Allah... muka mereka nie kelihatan tenang dan bahagia. walhal sebelum islam, kita tak nampak pun sinar kebahagiaan di wajah mereka.... perhatikan gambar dibawah nie....


yang pertama ialah gambar mohd adlu khan telah meminati islam sejak dibangku sekolah lagi.... gambar kedua ialah mohd yusuf este, kisahnya memeluk islam memang menarik dan boleh dijadikan contoh tauladan. Dan yang ketiga ialah gambar penyanyi yusuf islam....

Bagi saya mereka nie walaupun berstatus muallaf tapi mereka ialah insan terpilih bagi Allah untuk mendidik jiwa kita nie. Tak salah kalau kita belajar sesuatu walaupun daripada mereka yang dapat hidayah Allah.
Sekian....

No comments:

Post a Comment